Tuesday, 11 September 2018

Pada pendapat anda, apakah kaedah yang boleh diguna pakai bagi meningkatkan hubungan dua hala Malaysia dan negara luar?


  Mewujudkan hubungan dua hala yang mesra dengan negara jiran terus menjadi keutamaan. Pendekatan yang membina diambil untuk menyelesaikan masalah yang masih belum terlerai termasuklah yang berkaitan dengan tuntutan bertindih dan penetapan sempadan tanah dan maritim. Setiap usaha diplomatik dilaksanakan untuk memastikan hubungan dua hala dengan semua negara jiran tidak terjejas akibat masalah tersebut. Persetujuan untuk merujuk kepada ICJ berkaitan tuntutan pertindahan wilayah menunjukkan sejauh mana kita bersedia untuk mencari penyelesaian bagi masalah dua hala.

  Penubuhan suruhanjaya bersama antara Malaysia dengan Brunei, Indonesia, Filipina, Thailand, Laos dan Vietnam juga menyediakan rangka yang berguna untuk mewujudkan kerjasama dua hala yang lebih luas dalam semua bidang yang memanfaatkan kedua-dua pihak.

  Walaupun tumpuan utama Malaysia dengan negara luar lebih tertumpu kepada negara ASEAN, hubungannya dengan negara dan rantau lain tidak kurang pentingnya. Perwakilan Diplomatik negara yang pertama ditubuhkan di London, Washington, Canberra, New York, New Delhi, Jakarta dan Bangkok. Menjelang tahun 1963, Malaysia telah menubuhkan 14 buah Perwakilan Diplomatik di luar negari. Bilangannya terus bertambah menjadi 21 pada tahun 1966. Pada hari ini, Malaysia mempunyai serangkaian 105 perwakilan diplomatik di serata dunia – bukti membanggakan yang menunjukkan sejauh mana hubungan dua hala Malaysia tidak berkembang dalam tempoh beberapa tahun seiring dengan kemajuan negara.

  Dalam hal ini, Malaysia meletakkan kepentingan yang sama kepada hubungan dengan negara Asia, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin yang lain dan akan terus memantapkan dan mempertingkat hubungan kukuh yang sedia ada dengan rantau tersebut. Hubungan dua hala dengan negara Asia, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin yang lain akan diteruskan tanpa mengetepikan rakan ekonomi kita yang lama di Eropah dan Amerika. Jepun, Kesatuan Eropah, AS, Australia dan Republik Korea akan terus menjadi rakan dagang Malaysia yang utama dan juga sumber pelaburan dan teknologi.

  Satu-satunya pengecualian ialah Israel. Seperti negara lain, Malaysia turut prihatin tentang ketegangan dan konflik yang berterusan di Timur Tengah, seperti konflik Palestin–Israel yang terus menemui jalan buntu. Begitu juga, Malaysia tidak berhasrat untuk mengurangkan hubungan yang telah lama terjalin dengan Barat. Tidak ada percanggahan antara kritikan wajar yang dibuat oleh Malaysia terhadap negara Barat dalam isu tertentu dengan penerimaan negara Barat sebagai pasaran untuk produk dan sumber pelaburan di negara kita.

  Peluasan negara Eropah bukanlah satu-satunya tumpuan Malaysia dalam meningkatkan hubungan, tetapi juga hubungan ASEAN dengan negara sahabatnya di Eropah melalui ASEM atau hubungan ASEAN yang serupa dengan benua Amerika melalui APEC.

  Hubungan luar negara merujuk hubungan diplomatik yang dijalin antara dua buah negara yang berjiran. Antara contoh hubungan luar negara ini melibatkan hubungan Malaysia dengan Singapura dan Thailand serta Brunei. Media massa turut menyiarkan pelbagai ulasan berita yang mengaitkan kepentingan hubungan luar negara sehingga menjadikan sebarang isu politik negara jiran diketahui oleh penduduk negara ini. Jelaslah, ada pelbagai kaedah yang boleh dilaksanakan oleh negara ini bersama-sama negara jirannya untuk meningkatkan hubungan diplomatik itu.

  Pertamanya, kerjasama dalam bidang ekonomi boleh dijalankan kerana bidang ekonomilah yang paling mudah untuk dilaksanakan antara mana-mana negara pada era globalisasi ini. Aspek pelaburan asing antara kedua-dua buah negara seperti pelabur Singapura boleh melabur di Malaysia dan pelabur Malaysia pula dibenarkan untuk mewujudkan perniagaan di negara pulau itu. Situasi inilah yang bakal mewujudkan hubungan secara tidak langsung lalu menjadi rapat terutama selepas perniagaan itu berjaya mengaut keuntungan yang tinggi pula. Jadi, kerjasama dalam bidang ekonomi menjadi pemangkin hubungan yang erat antara dua negara berjiran itu.

  Di samping itu, antara kaedah yang boleh digunakan untuk meningkatkan hubungan dua hala  Malaysia dan negara luar adalah dengan menggalakkan perkongsian teknologi. Melalui kerjasama yang erat dengan negara maju seperti negara Australia dan Jepun, maka perkongsian teknologi moden akan berlaku. Perkongsian teknologi ini dapat memajukan negara ini dalam bidang pertanian dan perindustrian.

  Selain itu, kerajaan Malaysia dan Thailand boleh melakukan pertukaran maklumat tentang aspek keselamatan terutama yang melibatkan kawasan sempadan bersama. Kita sedia maklum bahawa penjenayah telah menggunakan kawasan sempadan yang panjang antara Malaysia-Thailand untuk menjalankan pelbagai aktiviti jenayah seperti penyeludupan senjata, manusia, dan dadah. Kerjasama untuk berkongsi informasi risikan tentang aktiviti penjenayah ini menjamin kedua-dua pihak berkuasa dari setiap negara boleh menghalang berlakunya kegiatan jenayah di negara masing-masing. Sesungguhnya, keselamatan kawasan sempadan menjadi bukti kukuhnya semangat menghormati antara negara yang berjiran itu.

  Seterusnya meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia juga adalah kaedah lain yang dapat dipakai. Melalui hubungan dua hala ini, syarikat-syarikat gergasi dari negara luar akan senang  membuka kilang-kilang industri mereka di negara ini. Pembukaan kilang-kilang ini akan membuka peluang pekerja yang lebih luas kepada masyarakat tempatan. Oleh itu, taraf hidup masyarakat tempatan akan meningkat selaras dengan hala tuju Negara mencapai negara maju menjelang tahun 2020. Peluang pekerjaan yang banyak ini juga akan mengurangkan kadar pengganguran di Malaysia. Contohnya, pembukaan kilang elektronik Intel di kawasan perindustrian Pulau Pinang oleh syarikat luar menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada masyarakat setempat.

  Pada masa yang sama, usaha untuk merapatkan hubungan antara kedua-dua negara yang berjiran boleh dilakukan dengan menggalakkan kehadiran pelancong dari kedua-dua buah negara yang terbabit. Kehadiran pelancong itu boleh ditingkatkan dengan mengurangkan proses dokumentasi terutama keperluan untuk memperoleh visa hendaklah dihapuskan bersama-sama membenarkan tempoh menetap di sesebuah negara yang lebih panjang pula. Semakin kurang kerenah birokrasi semakin banyaklah pelancong yang akan melawat sesebuah negara lalu mewujudkan satu perasaan memahami budaya masyarakat tempatan pula. Oleh itu, sebarang tindakan yang dilakukan oleh rakyat negara berjiran akan lebih mudah untuk difahami setelah seseorang itu melawat negara tersebut.

RUJUKAN

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kementerian_Luar_Negeri_Malaysia

TAJUK : DASAR MALAYSIA TENTANG HAL EHWAL SERANTAU DAN DUNIA DUB1012 PENGAJIAN MALAYSIA JABATAN: JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN...