Tuesday, 11 September 2018

TAJUK : DASAR MALAYSIA TENTANG HAL EHWAL SERANTAU DAN DUNIA

DUB1012 PENGAJIAN MALAYSIA

JABATAN: JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN KOMUNIKASI

PROGRAM: DEP1-S1
Nama: TING POH SUH
No. Pendaftaran: 
05DEP18F1003




Nama: WONG SYIE JIE
No. Pendaftaran: 05DEP18F1025
Nama: AMANDA TAN SIEW YI
No. Pendaftaran: 05DEP18F1006


Pengenalan



  • Kami hendaklah mengambil tahu perkara-perkara yang berlaku di negara sendiri.
  • Pengetahuan asas yang berkaitan dengan dasar malaysia, iaitu Hal Ehwal Serantau dan Dunia, isu-isu semasa yang melibatkan hubungan antarabangsa Malaysia.
  • Sebagai rakyat Malaysia, sewajarnya kita dapat mengetahui serta menjelaskan dengan tepat berhubung isu-isu semasa.

Video-video berkaitan Dasar Luar Malaysia


DASAR LUAR MALAYSIA



ASEAN



OIC



PERTUBUHAN KOMANWEL



PBB



Mengenali berkaitan dasar Malaysia tentang hal ehwal serantau dan dunia

→ ASEAN
→ OIC
→ KOMANWEL

→ NAM
→ PBB


Dasar Luar Malaysia:

Matlamat dasar luar Malaysia:

: menjamin keselamatan rakyat & negara
: menggalakkan kemajuan
: memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara
: menjaga keamanan sejagat

Faktor-faktor dasar luar:

-Ekonomi
-Demografi
-Sejarah
-Politik
-Geografi


PERANAN ASEAN



ASEAN ditubuhkan paga 8 Ogos 1967 dan penubuhannya dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman. Cadangan ini dipersetujui oleh Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina.

Malaysia telah banyak mengadakan hubungan perdagangan dan perindustrian, kerjasama politik, kerjasama sosial, dan kebudayaan, kerjasama pendidikan, dan kesihatan, kepentingan sosial dan sebagainya dengan negara lain.

Dari asperk keselamatan, ASEAN merupakan rantau yang bebas daripada persaingan kuasa besar. Ekoran ini, muncul konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) . Selain itu, ASEAN juga mengelakkan rantau ini menjadi tempat persaingan tenaga nuklear.

Negara-negara ASEAN juga menubuhkan jawatankuasa untuk pembangunan ekonomi dan sosial. Contohnya, jawatankuasa perdagangan dan perlancongan, jawatankuasa kebudayaan dan sebagainya. Dalam bidang ekonomi pula merangkumi projek baja urea, projek vaksin Hepatitis B dan lain lain.

Kerjasama dalam bidang sosial dan kebudayaan merangkumi aspek kebudayaan dan kesenian, sukan serta telekomunikasi. Contohnya seperti Sukan SEA, Pesta Filem ASEAN, pertukaran berita dan Program Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1996.

PERANAN OIC


Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)

- Satu pertubuhan antarabangsa di kalangannegara-negara islam yang mempunyai delegasi tetap ke Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu(PBB)
- Terdiri daripada golongan 57 negara islam seluruh dunia.
- Kebanyakannya dari negara-negara Timur Tengah dan Utara Afrika, Cancusus, Asia Tenggara, Asia Tengah, Balkan, Asia Selatan.
- Bahasa rasmi adalah Bahasa Arab, Inggeris dan Perancis.
- 28 Jun 2011, ia menukar nama kepada Pertubuhan Persidangan Islam kepada Pertubuhan Kerjasama Islam.

Sejarah & Matlamat

1. Matlamat utama:
- Menggalakkan keratin antara ahli negara-negara Islam dalam bidang ekonomi, social, budaya, dan     sainstifik.
- Menghapuskan perbezaan rasial dan diskriminasi .
- Menentang colonial.
- Menyokong semua muslim.

2.Ditubuhkan di Rabat, Magribi pada 25 September 1969
3.Putrajaya dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
4.Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama dilantik sebagai Setiusaha Agung OIC Yang pertama.
5.Masjidil Al-Aqsa di Baitulmaqdis menjadi kiblat pertama umat Islam

PERANAN KOMANWEL


Ciri-ciri Komanwel

-  Pertubahan ini tidak mempunyai perlambangaan yang bertulis.
-  Bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi.
-  Raja British (Permaisuri) menjadi ketua pertubuhan ini.
-  Sistem pentadbiran, kehakiman negara anggota berasaskan sistem British.
-  Semua negara anggota pernah menjadi tanah jajahan British
Faktor British menubuhkan Komanwel

- Melibatkan sukan Komanwel bagi memupuk hubungan persahabatan.
- Pemberian biasiswa yang melibatkan pelajar miskin.

Kepentingan Pertahanan

-Perjanjian dibuat antara Malaysia,Britain, Australia, New Zealand dan Singapura untul membantu atau tidak jika sesebuah negara anggota diancam oleh kuasa lain.

Kepentingan Ekonomi
-Rancangan Colombo menyaksikan negara-negara maju membantu memajukan negara-negara anggota miskin.
-Pertubuhan Blok Sterling menjadi tabung untuk mengasakan nilai mata wang mereka dengan mata wang British.

Peranan Malaysia dalam Komanwel

-Menjadi tuan rumah mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel (CHOGM)
-Menimbulkan isu2 antarabangsa seperti isu alam sekitar melalui deklarasi Langkawi, hak-hak asasi manusia dan penentangan dasar Apartheid.


PERANAN NAM




Latar Belakang

NAM mula ditubuhkan sebaik sahaja 25 buah negara-negara berkecuali beserta 3 buah negara pemerhati menghadiri persidangan pertama iaitu Persidangan Ketua-Ketua Negara atau Kerajaan Negara-Negara Berkecuali

.

Tujuan Penubuhan ialah untuk memastikan kemerdekaan, kedaulatan, intergeriti dan keselamatan negara-negara berkecuali
.

Diasaskan pada tahun 1961. Dan Malaysia menyertainya pada tahun 1969.

Tujuan Penubuhan NAM

a) Memupuk kerjasama yang erat di kalangan negara anggota.
b) Menjadi forum untuk negara anggota menyuarakan pendirian berhubung isu-isu semasa.
c) Megelakkan negara-negara kecil terlibat dalam peperangan idealogi.
d) Memperjuangkan hak dan kepentingan negara-negara sedang membangun.
e) Mengubah haluan perjuangan NAM daripada hal-hal politik kepada isu-isu ekonomi.
Februari 2003, Malaysia diberi penghormatan menjadi tuan rumah persidangan.

Peranan Malaysia dalam NAM
Malaysia berperanan memberikan kepimpinan yang jitu.
Mewakili negara-negara anggota yang majority terdiri dari negara-negara membangun untuk terus bersuara.

Mengambil langkah-langkah yang praktikal serta berkesan kea rah mengekalkan keamanan dunia dengan cara:-

a)Mempromosikan keamanan melalui platform-platform political.
b)Pendekatan diplomasi pelbagai hala(multilaralism).
c)Badan-badan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Malaysia berperanan memberikan tumpuan dan penekanan kepada isu-isu seperti ekonomi dan perdagangan. Kerjasama selatan-selatan, pembangunan, pembasmian kemiskinan, pembangunan social dan kemanusiaan
.
Keberkesanan peranan Malaysia sebagai Pengerusi NAM terserlah melalui inisiatif-inisiatif serta usaha penyuburan semula NAM.

Kejayaan tersebut secara tidak langsung telah menidakkan tanggapan negatif umum terhadap NAM dan secara tidak langsung menonjolkan keberkesanan kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi NAM.


PERANAN PBB




Peranan Penubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB)


Malaysia menyertai PBB pada 17 September 1957, selepas mencapai kemerdekaan.

Prinsip PBB adalah untuk menjamin kedaulatan dan hak semua negara anggota dan tidak ada negara yang boleh campur tangan dalam hal ehwal negara lain
.
PBB bermatlamat mewujudkan sebuah masyarakat dunia yang aman.
PBB memainkan peranan dalam 2 perkara yang berkaitan politik dunia:-

a)Perhimpunan Agung PBB
b)Majlis Keselamatan

Perkara yang berkaitan dengan sosioekonomi pula dilaksanakan oleh secretariat PBB seperti WHO,ILO,UNESCO,IMF,UNPROFOR,UNISCOM dan UNCTAD.
Dalam hal ini, Malaysia sentiasa percaya kepada kepentingan PBB untuk menentukan keamanan dan kesejahteraan dunia.

Kemasukkan Malaysia ke PBB telah mendatangkan banyak faedah.Contohnya, WHO telah banyak membantu penyelidikan dan peningkatan taraf hidup rakyat. FAO membantu pengeluaran makanan,manakala UNESCO telah memajukan sistem pendidikan negara.



RUJUKAN



1.Journalarticle.ukm.my

2.https;//ms.wikipedia.org./wiki/Kementerian-Luar-Negeri-Malaysia
3.www.scnbd.com/doc/19011298/Dasar-Luar-Malaysia#scribd.
4.http;//prezi.com/e.../bab.5.dasar luar.negara
5.http;//www.goole.com/webhp?sourceid=chorme-instant&ion=1&espr=2&ie=UTK-8#g=dasar+malaysia+tentang+hal+ehwal+serantau+dan+dunia.
6.Qxford fajar,pengajian malaysia,edisi kelima bab 5 dasar luar malaysia tentang hal ehwal serantau dan dunia m/s 459

Pada pendapat anda, apakah kaedah yang boleh diguna pakai bagi meningkatkan hubungan dua hala Malaysia dan negara luar?


  Mewujudkan hubungan dua hala yang mesra dengan negara jiran terus menjadi keutamaan. Pendekatan yang membina diambil untuk menyelesaikan masalah yang masih belum terlerai termasuklah yang berkaitan dengan tuntutan bertindih dan penetapan sempadan tanah dan maritim. Setiap usaha diplomatik dilaksanakan untuk memastikan hubungan dua hala dengan semua negara jiran tidak terjejas akibat masalah tersebut. Persetujuan untuk merujuk kepada ICJ berkaitan tuntutan pertindahan wilayah menunjukkan sejauh mana kita bersedia untuk mencari penyelesaian bagi masalah dua hala.

  Penubuhan suruhanjaya bersama antara Malaysia dengan Brunei, Indonesia, Filipina, Thailand, Laos dan Vietnam juga menyediakan rangka yang berguna untuk mewujudkan kerjasama dua hala yang lebih luas dalam semua bidang yang memanfaatkan kedua-dua pihak.

  Walaupun tumpuan utama Malaysia dengan negara luar lebih tertumpu kepada negara ASEAN, hubungannya dengan negara dan rantau lain tidak kurang pentingnya. Perwakilan Diplomatik negara yang pertama ditubuhkan di London, Washington, Canberra, New York, New Delhi, Jakarta dan Bangkok. Menjelang tahun 1963, Malaysia telah menubuhkan 14 buah Perwakilan Diplomatik di luar negari. Bilangannya terus bertambah menjadi 21 pada tahun 1966. Pada hari ini, Malaysia mempunyai serangkaian 105 perwakilan diplomatik di serata dunia – bukti membanggakan yang menunjukkan sejauh mana hubungan dua hala Malaysia tidak berkembang dalam tempoh beberapa tahun seiring dengan kemajuan negara.

  Dalam hal ini, Malaysia meletakkan kepentingan yang sama kepada hubungan dengan negara Asia, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin yang lain dan akan terus memantapkan dan mempertingkat hubungan kukuh yang sedia ada dengan rantau tersebut. Hubungan dua hala dengan negara Asia, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin yang lain akan diteruskan tanpa mengetepikan rakan ekonomi kita yang lama di Eropah dan Amerika. Jepun, Kesatuan Eropah, AS, Australia dan Republik Korea akan terus menjadi rakan dagang Malaysia yang utama dan juga sumber pelaburan dan teknologi.

  Satu-satunya pengecualian ialah Israel. Seperti negara lain, Malaysia turut prihatin tentang ketegangan dan konflik yang berterusan di Timur Tengah, seperti konflik Palestin–Israel yang terus menemui jalan buntu. Begitu juga, Malaysia tidak berhasrat untuk mengurangkan hubungan yang telah lama terjalin dengan Barat. Tidak ada percanggahan antara kritikan wajar yang dibuat oleh Malaysia terhadap negara Barat dalam isu tertentu dengan penerimaan negara Barat sebagai pasaran untuk produk dan sumber pelaburan di negara kita.

  Peluasan negara Eropah bukanlah satu-satunya tumpuan Malaysia dalam meningkatkan hubungan, tetapi juga hubungan ASEAN dengan negara sahabatnya di Eropah melalui ASEM atau hubungan ASEAN yang serupa dengan benua Amerika melalui APEC.

  Hubungan luar negara merujuk hubungan diplomatik yang dijalin antara dua buah negara yang berjiran. Antara contoh hubungan luar negara ini melibatkan hubungan Malaysia dengan Singapura dan Thailand serta Brunei. Media massa turut menyiarkan pelbagai ulasan berita yang mengaitkan kepentingan hubungan luar negara sehingga menjadikan sebarang isu politik negara jiran diketahui oleh penduduk negara ini. Jelaslah, ada pelbagai kaedah yang boleh dilaksanakan oleh negara ini bersama-sama negara jirannya untuk meningkatkan hubungan diplomatik itu.

  Pertamanya, kerjasama dalam bidang ekonomi boleh dijalankan kerana bidang ekonomilah yang paling mudah untuk dilaksanakan antara mana-mana negara pada era globalisasi ini. Aspek pelaburan asing antara kedua-dua buah negara seperti pelabur Singapura boleh melabur di Malaysia dan pelabur Malaysia pula dibenarkan untuk mewujudkan perniagaan di negara pulau itu. Situasi inilah yang bakal mewujudkan hubungan secara tidak langsung lalu menjadi rapat terutama selepas perniagaan itu berjaya mengaut keuntungan yang tinggi pula. Jadi, kerjasama dalam bidang ekonomi menjadi pemangkin hubungan yang erat antara dua negara berjiran itu.

  Di samping itu, antara kaedah yang boleh digunakan untuk meningkatkan hubungan dua hala  Malaysia dan negara luar adalah dengan menggalakkan perkongsian teknologi. Melalui kerjasama yang erat dengan negara maju seperti negara Australia dan Jepun, maka perkongsian teknologi moden akan berlaku. Perkongsian teknologi ini dapat memajukan negara ini dalam bidang pertanian dan perindustrian.

  Selain itu, kerajaan Malaysia dan Thailand boleh melakukan pertukaran maklumat tentang aspek keselamatan terutama yang melibatkan kawasan sempadan bersama. Kita sedia maklum bahawa penjenayah telah menggunakan kawasan sempadan yang panjang antara Malaysia-Thailand untuk menjalankan pelbagai aktiviti jenayah seperti penyeludupan senjata, manusia, dan dadah. Kerjasama untuk berkongsi informasi risikan tentang aktiviti penjenayah ini menjamin kedua-dua pihak berkuasa dari setiap negara boleh menghalang berlakunya kegiatan jenayah di negara masing-masing. Sesungguhnya, keselamatan kawasan sempadan menjadi bukti kukuhnya semangat menghormati antara negara yang berjiran itu.

  Seterusnya meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia juga adalah kaedah lain yang dapat dipakai. Melalui hubungan dua hala ini, syarikat-syarikat gergasi dari negara luar akan senang  membuka kilang-kilang industri mereka di negara ini. Pembukaan kilang-kilang ini akan membuka peluang pekerja yang lebih luas kepada masyarakat tempatan. Oleh itu, taraf hidup masyarakat tempatan akan meningkat selaras dengan hala tuju Negara mencapai negara maju menjelang tahun 2020. Peluang pekerjaan yang banyak ini juga akan mengurangkan kadar pengganguran di Malaysia. Contohnya, pembukaan kilang elektronik Intel di kawasan perindustrian Pulau Pinang oleh syarikat luar menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada masyarakat setempat.

  Pada masa yang sama, usaha untuk merapatkan hubungan antara kedua-dua negara yang berjiran boleh dilakukan dengan menggalakkan kehadiran pelancong dari kedua-dua buah negara yang terbabit. Kehadiran pelancong itu boleh ditingkatkan dengan mengurangkan proses dokumentasi terutama keperluan untuk memperoleh visa hendaklah dihapuskan bersama-sama membenarkan tempoh menetap di sesebuah negara yang lebih panjang pula. Semakin kurang kerenah birokrasi semakin banyaklah pelancong yang akan melawat sesebuah negara lalu mewujudkan satu perasaan memahami budaya masyarakat tempatan pula. Oleh itu, sebarang tindakan yang dilakukan oleh rakyat negara berjiran akan lebih mudah untuk difahami setelah seseorang itu melawat negara tersebut.

RUJUKAN

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kementerian_Luar_Negeri_Malaysia

Menerangkan kepentingan diadakan dasar luar serta memberikan contoh dasar luar yang telah diamalkan oleh Malaysia dan huraikan setiap contoh-contoh tersebut.


  Menurut Mohd Noor Mat Yazid (1994), Dasar Luar membawa maksud matlamat, rancangan dan tindakan yang dilakukan oleh sesebuah negara dalam usaha berhubung dengan sesebuah negara lain. Hubungan di antara sebuah negara dengan sesebuah negara lain adalah perlu dan penting dalam menjaga kepentingan, keselamatan dan kemakmuran sesebuah negara. Di samping itu, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, dasar didefinisikan sebagai asas atau prinsip yang asas manakala luar pula membawa maksud keadaan yang berada di tempat lain.

  Malaysia mengamalkan dasar luar yang tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua negara lain. Objektif utama Dasar Luar Malaysia adalah bertujuan untuk melindungi kepentingan nasional di arena antarabangsa sekaligus di pentas dunia. Menurut pernyataan mantan Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Syed Hamid Albar, Dasar Luar Malaysia adalah penting untuk menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan-kepentingan Malaysia di peringkat global. Selain itu, dasar luar juga dapat menjalinkan hubungan baik dengan negara lain serta dapat mengeratkan kerjasama antara negara.

  Antara kepentingan mengamalkan dasar luar ialah menyebabkan ekonomi negara Malaysia berkembang pesat. Malaysia yang menjalinkan hubugan berbaik-baik dengan negara luar seperti Britain dan Amerika telah menyebabkan ekonomi negara bertambah pesat. Ekonomi negara Malaysia dapat berkembang pesat apabila Britain dan Amerika membeli bijih timah dan getah daripada Malaysia yang merupakan pengeluar utama bijih timah dan getah dunia. Tambahan pula, negara-negara berkaitan juga banyak menanam modal dalam sektor perladangan dan perindustrian di negara Malaysia. Pelaburan dari luar negara juga menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara Malaysia.
Seterusnya, dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia dapat membawa kestabilan dan kemakmuran kepada negara Malaysia. Ini adalah disebabkan dasar luar Malaysia yang bersifat pro-Barat serta berbaik-baik dengan negara Komanwel. Hasil daripada dasar-dasar luar Malaysia tersebut, Malaysia mendapat bantuan ketenteraan daripada negara Komanwel seperti Britain, Australia dan New Zealand dalam menghadapi ancaman komunis. Hubungan baik yang dijalinkan antara Malaysia dengan negara-negara luar telah menyebabkan keadaan politik negara Malaysia stabil dan bebas daripada ancaman komunis.

  Selain itu, dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia juga menyumbang kepada kestabilan politik negara. Sebagai contoh, pada tahun 1970-an, Malaysia mengamalkan dasar luar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Dasar Malaysia berbaik-baik dengan negara blok komunis seperti Soviet Union, China dan Korea Utara berjaya mengurangkan penglibatan kuasa besar dalam politik di rantau Asia Tenggara. Keamanan di rantau tersebut memberi peluang untuk Malaysia memajukan ekonomi negara. Kerjasama ekonomi melalui ASEAN telah memacu perkembangan ekonomi negara. 

  Di samping itu, salah satu dasar luar Malaysia iaitu Dasar Pandang ke Timur telah membawa manfaat kepada Malaysia dari segi perkembangan ekonomi. Dasar Pandang ke Timur yang diamalkan telah berjaya menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model pembangunan ekonomi negara banyak membawa kebaikan. Produktiviti pengeluaran negara semakin meningkat dan pembangunan dijayakan dengan pesat. Pembinaan projek mega seperti menara PETRONAS, KLIA, pembinaan LRT dan lain-lain meletakkan Malaysia dalam era pembangunan yang luar biasa.

  Dasar luar Malaysia yang bersifat multilateral telah berjaya mengukuhkan perpaduan masyarakat antarabangsa. Hubungan luar Malaysia dengan negara serantau melalui ASEAN telah mengeratkan hubungan semua negara anggota. Contohnya, semua negara bersatu hati mengisytiharkan rantau Asia Tenggara sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Hal ini menyebabkan rantau tersebut bebas daripada campur tangan kuasa luar dalam hal ehwal politik. Selain itu, negara ASEAN juga bersatu hati mengadakan kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial, kebudayaan dan pendidikan.

  Sebagai kesimpulan, dasar-dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia amat penting untuk menjaga keamanan sejagat. Usaha yang dilakukan oleh negara Malaysia turut menyebabkan negara Malaysia dihormati dan dipandang tinggi di mata dunia, bak kata pepatah, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara luar.

RUJUKAN

Perhargaan

  Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan terima kasih kepada pengarah Politeknik Kuching Sarawak. Dengan bersekutuan (PA) Madam Nur Farah Syazwani Binti AB Kadir kerana memberi sokongan dan galakan kepada kami sepanjang kami melaksanakan tugasan ini. Selain itu, kami juga ucapan terima kasih kepada ibu bapa kami kerana mereka telah memberi dorongan, sokongan dan galakan sepanjang kami menyelesaikan tugasan ini. Seterusnya, kami juga amat berterima kasih kepada Encik Mohamad Bazli MD Radzi selaku pensyarah Pengajian Malaysia ini atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau kepada kami. Oleh itu, kami juga nak ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang tolong meyelesaikan masalah tentang membuat blog ini. Kami juga gembira semua ahli kumpulan berkejasama supaya dapat menyiapkan kerja pada masa yang tepat. Kami juga ingin memohon sejuta kemaafan.
  Sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam tugasan ini, segala kekurangan harap dimaafkan. Akhir sekali, perhargaan juga diberikan kepada semua responden yang sudi memberi banyak maklumat kepada kami untuk menyelesaikan kerja kursus ini.

Friday, 7 September 2018

Kesimpulan

Pada akhir blog in, pelajar dapat:

  • Memahami tentang dasar luar kerajaan Malaysia semenjak kemerdekaan hingga kini.
  • Mengetahui dan memahami isu-isu semasa yang terlibat dalam hubungan antarabangsa Malaysia.
  • Memahami dasar-dasar luar Malaysia dalam mewujudkan kerjasama antarabangsa dan hubungan luar melibatkan aspek ekonomi, politik, sosial dan budaya bagi memastikan kemakmuran, kestabilan dan keselamatan negara.

TAJUK : DASAR MALAYSIA TENTANG HAL EHWAL SERANTAU DAN DUNIA DUB1012 PENGAJIAN MALAYSIA JABATAN: JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN...